السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hakikatnya as-saumu dan as-siyamu merupakan masdar untuk fe3el صَامَ .
Adapun daripada sudut bahasa tidak ada perbezaan antara keduanya, akan tetapi al-quran telah membezakan antara الصوم dan الصيام.
1) as-saumu (الصوم) ialah menahan daripada perkataan. Allah subhanahu wata'ala berfirman pada potongan ayat ke 26 surah maryam : فقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا yang maksudnya : "sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini".
2) as-siyamu (الصيام) pula ialah menahan nafsu syahwat zahir mahupun batin bermula daripada terbitnya fajar sehingga tergelincir matahari. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 183 : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ yang maksudnya : "wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
terjemahan bebas yang saya ambil daripada facebook مدينة القواعد .
wallahu3alam.
No comments:
Post a Comment