Monday 6 June 2016

Perbezaan antara الصوم dan الصيام



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Terdetik dihati untuk menterjemah secara ringkas apakah perbezaan antara as-saumu (الصوم) dan as-siyamu (الصيام) ?

Hakikatnya as-saumu dan as-siyamu merupakan masdar untuk fe3el صَامَ .
Adapun daripada sudut bahasa tidak ada perbezaan antara keduanya, akan tetapi al-quran telah membezakan antara الصوم dan الصيام.

1) as-saumu (الصوم) ialah menahan daripada perkataan. Allah subhanahu wata'ala berfirman pada potongan ayat ke 26 surah maryam : فقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا  yang maksudnya : "sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini".

2) as-siyamu (الصيام) pula ialah menahan nafsu syahwat zahir mahupun batin bermula daripada terbitnya fajar sehingga tergelincir matahari. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 183 : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ  yang maksudnya : "wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".

terjemahan bebas yang saya ambil daripada facebook مدينة القواعد .
wallahu3alam.

Pengalaman di Merzouga, Sahara Desert, Morocco

Assalamualaikum,
Labas? Bikheir?

Sedikit perkongsian dan pengalaman bercuti ke gurun sahara. Dulu waktu sekolah menengah subjek geografi antara subjek kegemaran dan mudah score. Subjek geo banyak mengajar kita tentang kehidupan dan perubahan alam semula jadi di seluruh benua, and I thought it is impossible to walk on the desert, but the spirit of sunrise behind me an evidence my notion totally wrong ! Thank you Allah.

Bercuti ke Merzouga pada musim sejuk 2016 dan waktu tu kami mempunyai rombongan (anjuran Exco Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi PMMM). Sebelum tiba di sana kami memang banyak pergi ke pelbagai tempat untuk dilawati seperti Ouarzazate (hollywood of morocco), Kasbah Ait Ben Haddou, Bertolak ke Todra Gorges (ala2 petra di jordan), Kemudian hari berikutnya kami ke Merzouga, bermalam dalam khemah di tengah gurun dan menaiki unta,

Suasana di gurun waktu tu sangat best, kami seramai lebih kurang 40 orang dan masing2 menaiki unta yg disediakan. Perjalanan menaiki unta dimulakan pada waktu petang dan suhu waktu tu tidak terlalu sejuk, tiba ditengah gurun pada waktu maghrib. Pada waktu malam kami menjamu selera yg telah disediakan dan semua makanan pada malam tersebut sangat-sangat sedap. Setelah makan, kami didendangkan lagu amazigh oleh orang arab dan kami seolah-olah membuat halaqah mengelilingi unggun api.



 Suhu semakin lama semakin sejuk dan sangat sejuk, tangan dan kaki terasa kebas. Pada waktu subuh saya bertayammum sebab memang tidak tahan untuk berwudu' menggunakan air.
Dan ini gambar sunrise pada waktu pagi di gurun sahara. Gambar ni bukanlah saya tangkap sendiri tapi dapat daripada kawan yg share gambar masing2 dalam group whatsapp waktu tu.

Ok, ini sahaja. Seperti biasa terima kasih kepada yg sudi membaca. 

Sunday 5 June 2016

المنشور الأول

بسم الله الرحمان الرحيم


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.

Bersyukur kehadrat ilahi atas kurniaan segala bentuk kebaikan buat jiwa ini dengan penuh kasih dan rahmatNya, saya dapat menulis tulisan pertama saya diblog ini, inchaallah.

Sememangnya sudah lama memasang niat untuk menulis, disamping mendapat galakkan daripada teman saya al-jinsiyyah al-indonesiyyah iaitu akhi fillah Muhammad Fahruddin al-Mustafa. Saya baru berjinak-jinak dengan dunia blogger dan masih runsing hendak berfokuskan apa bagi tulisan2 yg mendatang.? Tapi yg terlintas difikiran sama seperti yg tertera pada description :).

Inchaallah, sy mulakan karangan pertama saya berkaitan tibanya bulan ramadhan al-mubarak tidak lama lagi. Ya, sungguh tidak lama esoklah hari yg ditunggu-tunggu oleh para muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Malaysia al-mahbub akan bermula puasa pada esok hari dan berbeza pula dengan kami di Maghribi yang akan berpuasa lambat sehari. Walaubagaimanapun, kedatangan bulan yang mulia ini hendaklah kita sambut dengan penuh kesyukuran, banyakkan ibadah serta amal soleh, kuatkan keazaman dan bina jati diri yg lebih baik. Semoga ramadhan kali ini menjadi lebih cemerlang buat diri masing-masing daripada ramadhan yg sebelumnya.

Pengalaman saya akan berpuasa diperantauan bukanlah kali pertama tetapi inchaallah kali ini saya akan menempuh ramadhan kedua bersama rakan taulan di bumi mutun ini. Hakikatnya memang mencabar sebab segala juadah bersahur dan berbuka akan kami sediakan sendiri (masak sendiri), tetapi jika kita pandang dari sudut yg lebih positif perkara ini satu benda yg menarik dan pengalaman buat bunga yg sedang mekar juga berbeza dengan bunga-bunga yg lain :) . Waktu berpuasa juga berbeza dengan di Malaysia yg mana seluruh Maghribi akan berpuasa selama lebih kurang 16 jam.

Sampai sini sahaja dulu, sekali lagi sy ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yg penuh berkah buat semua pembaca yg budiman. Doakan sy agar istiqamah menulis dan dapat berkongsi pelbagai ilmu, coretan, kisah2 dengan antum semua. 

وشكرا.

1.49 pm
casablanca,morocco