Monday 6 June 2016

Pengalaman di Merzouga, Sahara Desert, Morocco

Assalamualaikum,
Labas? Bikheir?

Sedikit perkongsian dan pengalaman bercuti ke gurun sahara. Dulu waktu sekolah menengah subjek geografi antara subjek kegemaran dan mudah score. Subjek geo banyak mengajar kita tentang kehidupan dan perubahan alam semula jadi di seluruh benua, and I thought it is impossible to walk on the desert, but the spirit of sunrise behind me an evidence my notion totally wrong ! Thank you Allah.

Bercuti ke Merzouga pada musim sejuk 2016 dan waktu tu kami mempunyai rombongan (anjuran Exco Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi PMMM). Sebelum tiba di sana kami memang banyak pergi ke pelbagai tempat untuk dilawati seperti Ouarzazate (hollywood of morocco), Kasbah Ait Ben Haddou, Bertolak ke Todra Gorges (ala2 petra di jordan), Kemudian hari berikutnya kami ke Merzouga, bermalam dalam khemah di tengah gurun dan menaiki unta,

Suasana di gurun waktu tu sangat best, kami seramai lebih kurang 40 orang dan masing2 menaiki unta yg disediakan. Perjalanan menaiki unta dimulakan pada waktu petang dan suhu waktu tu tidak terlalu sejuk, tiba ditengah gurun pada waktu maghrib. Pada waktu malam kami menjamu selera yg telah disediakan dan semua makanan pada malam tersebut sangat-sangat sedap. Setelah makan, kami didendangkan lagu amazigh oleh orang arab dan kami seolah-olah membuat halaqah mengelilingi unggun api.



 Suhu semakin lama semakin sejuk dan sangat sejuk, tangan dan kaki terasa kebas. Pada waktu subuh saya bertayammum sebab memang tidak tahan untuk berwudu' menggunakan air.
Dan ini gambar sunrise pada waktu pagi di gurun sahara. Gambar ni bukanlah saya tangkap sendiri tapi dapat daripada kawan yg share gambar masing2 dalam group whatsapp waktu tu.

Ok, ini sahaja. Seperti biasa terima kasih kepada yg sudi membaca. 

No comments:

Post a Comment