Sunday 20 November 2016

Why did I fall into this valley (politics, bersih 5) ?


Semuanya bermula sebelum pru-13, ketika itu saya sungguh tertarik dengan manifesto pakatan rakyat iaitu pendidikan percuma. Orang sekeliling sibuk tanya, kenapa kau suka sangat dengan isu politik ni eh ? spm pun tak lepas lagi. Jawapan yang akan saya beri tidak lain tidak bukan saya tertarik dengan pendidikan percuma. Itu sahaja. Berdasarkan pendapatan negara yang mampu mencecah RM150 BILLION setiap tahun, memang tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma kepada semua kerana jumlah yang diperlukan untuk ke arah itu hanyalah RM3 BILLION setahun, mereka MP pakatan rakyat sememangnya did a research to implement that and of course they are not talking blindly and create false expectations to rakyat.

Walaubagaimanapun, perkara sebenar mengapa saya menyibukkan diri dengan isu  politik tanah air ialah isu negeri saya yg tercinta, ya negeri Sabah, sehinggakan menerima perlian daripada teman2, cakap dibelakang, mereka menganggap perjuangan/pemberontakan saya tidak ada persediaan yang mapan. Sebenarnya, saya sendiri tidak memberi nama terhadap perkara yg saya buat. Perjuangan tidak, sama sekali pemberontakan juga tidak. Dalam diam, rupanya semua status atau info2 yang saya kongsi di Fb ada yang memerhatikan. Perkara yang saya buat mengikut kemampuan. Saya hanya mampu post d Fb dan kongsi semua yg saya rasa patut memandangkan kawan di Fb kebanyakannya org kampung sendiri yang banyak tidak ambil peduli berkaitan politik negara, apa yang sedang terjadi di negeri sabah, mana perginya hasil2 negeri sabah (sedangkan perjalanan menaiki kenderaan dari tawau ke kota kinabalu all the scenery paling banyak kita akan jumpa kelapa sawit).

Ok baiklah, isunya saya menyokong that big rally called Bersih 5. Saya juga seorang mahasiswa yang sedang belajar dan pastinya saya tidak menyokong membabi buta. Saya sangat tertarik dengan tuntutan kelima bersih 5 iaitu memperkasa Sabah & Sarawak. Mulanya saya akan bercerita tentang bab bahasa, betapa bijaknya mereka yang membuat tuntutan bersih 5 ialah mereka menjaga kemurnian bahasa melayu. Sangat jarang saya jumpa manifesto mahupun artikel yang tidak menggabungkan imbuhan (mem,per dan kan). Mereka tulis memperkasa, saya sungguh gembira dengan perkara ini, disusuli kalimah memperkasa dengan negeri Sabah dan Sarawak, bermakna mereka mahu membantu negeri saya, yes why not I supports them ?! Itulah impian saya, adanya pembangunan, menitikberatkan pendidikan di Sabah, memajukan kawasan pedalaman, mengurangkan kemiskinan, dan paling penting kami mendapat royalti minyak sebanyak 20% kerana negeri kami ialah negeri pengeluar minyak. Tambahan pula mengikut Perjanjian 20 Perkara yang termeterai semasa pembentukan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak mutlak sendiri untuk menguruskan isu minyak ini tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak apatah lagi pemerintahan kerajaan pusat. Ini antara sebab mengapa saya menyokong bersih 5. Sebab utama *negeri*, saya ulang lagi sekali negeri saya iaitu Sabah Bawah Bayu.

Tuntutan kelima bagi bersih 5 ini juga akan memberi kesan positif untuk anak-anak di semenanjung. Kenapa saya katakan begini ? Hal ini kerana, masih ramai anak semenanjung tidak mengetahui wujudnya negeri sabah, sedangkan kita belajar geografi negara, sejarah negara sebelum ke universiti. Serius saya katakan, sayalah orang paling sensitif dengan isu ini. Kalau yang tidak tahu itu, makcik atau pakcik tinggal di pedalaman, tidak ada tv, tidak ada internet,it’s okay. Tapi ini mahasiswa, gairu ma3qul, tidak masuk akal geng! Bukti bahawa betapa peliknya pemikiran sebahagian mahasiswa semenanjung ada yang kata oh, baru tahu budak2 di sabah ke sekolah naik buaya, kisah kawan saya di salah satu IPTA, mereka mengikuti program pelajar Sabah, Sarawak dan Thailand. Ada satu orang pelajar tanya, eh dari Malaysia takder ke ? la hawla wala quwwata illa billah. Satu lagi kisah kawan saya di sebuah universiti terkemuka di malaysia, kawan dia kata ‘awak naik sampan eh ke sini’ (dari sabah ke semenanjung). Guys, kalau ada sampan yg jauh lebih murah kami lebih rela naik sampan berbanding bayar beratus2 hatta mencecah ribuan ringgit tiket kapal terbang untuk belajar. Saya ingatkan ini hanya berlaku dikalangan mahasiswa di univeristi tempatan rupanya tidak, saya yang juga belajar di luar negara tidak terlepas daripada mendapat soalan2 sebegitu.

Kenapa semua ini terjadi ? Tidak lain tidak bukan ceteknya ilmu pengetahuan mereka, sengaja membuat ejekan, atau media sosial (televisyen) yg sering menggambarkan sabah keseluruhannya hutan, oh my god. Jadi, perkara ini ada kaitannya dengan tuntutan kelima bersih 5, at least, jika mahasiswa yang cetek itu melihat betapa hangatnya sambutan rally bersih 5 sekaligus mereka akan memerhati tuntutan bersih 5 dan membuat kajian sendiri. Akhirnya, mereka akan sedikit celik disebalik apa yg dimaksudkan dengan memperkasa sabah sarawak. Layaknya dua negeri ini kerana sabah sarawak merupakan negeri terkaya di malaysia tetapi telah dinafikan perkara itu disebabkan berlaku ketidaksamarataan, kepincangan pentadbiran, korupsi, penyelewengan wang dan banyak lagi. Apabila selesai mereka memerhati perkara ini, mereka seharusnya tidak lagi ber*telengong dengan kedudukan geografi Malaysia, senarai negeri di Malaysia, wujudnya sabah dan Sarawak, dan kami juga orang Malaysia sama seperti anda. Ya, memang ada tempat pedalaman, sama seperti negeri lain, yang boleh dibangunkan tetapi tidak dibangunkan, that’s the problem (dan ini sentiasa rujuk tuntutan kelima iaitu memperkasa sabah sarawak). Perkara ini juga bukannya membolehkan anda untuk membuayakan kenderaan kami ke sekolah, gilakah apa ? mati lah nanti student dimakan buaya. Lol.

Saya tidak menaikkan isu perkauman, sama sekali tidak. I just wondered what is your thought about Sabah and Sarawak until you issue the statements which is not acceptable.
Selain itu, kita lihat apa yang berlaku dalam kerajaan, berapa ramai ahli tertinggi kerajaan telah dipecat atas sebab2 yang tidak munasabah, bandingkan juga pembentangan dan cara mp membentang antara mp bn dan mp pembangkang. Anda boleh nilai siapa yang berhujah dengan ilmu, mempertahan hak rakyat, sentiasa membangkitkan isu pendidikan (my favourite), isu korupsi, dan siapa yg sanggup melahirkan rumus2 matematik bagi mencari jumlah hilangnya pendapatan negara, dan siapa yg merungkai kes2 besar negara seperti 1mdb,dan sebagainya. Ya kita kena tahu, mereka tidaklah bodoh untuk menyokong bersih 5, daripada panas-panas berhimpun lebih baik mereka meluangkan masa dengan anak-anak di rumah, tapi oleh kerana memikirkan soal rakyat dan negara mereka turun membuat protes secara aman.

Sememangnya negara kita masih mencapai keamanan, tapi kita mahukan keamanan yang berterusan, kita kena buang parasit yang akan menjatuhkan negara setelah kita berada di tahap sekarang ini. Jujurnya, saya juga tidak menyokong penyingkiran Dato Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri tapi at least beliau akan sedar dan bersih 5 yang berjaya dilaksanakan dapat menakutkan institusi kerajaan berdasarkan undang-undang. Sungguh merisaukan kita berkaitan cukai yang banyak dan  ibu bapa kita kena tanggung , yuran universiti tempatan bertambah, bantuan untuk pendidikan tinggi dipotong, walaupun saya belajar di negara yang menyediakan pendidikan percuma dan saya juga menerima biasiswa daripada negeri sabah tapi tidak bermakna saya kena berdiam diri/bersenang lenang sebab saya fikir masa depan adik saya juga nanti, kalian (kawan2 di semenanjung) tidak rasa apa yang student Sabah Sarawak hadapi ketika menyambung pelajaran di universiti di semenanjung.

Soal Tun Dr. Mahathir was joined bersih 5 saya tidak mahu sentuh, melayu mudah lupa saya tidak mahu sentuh. Sememangnya mereka berfikir panjang akan hal itu, kita lihat sekarang, lihat kebelakang bukan untuk mundur ke belakang tapi maju ke hadapan. Why not,If we can unite ? dan harapan juga jika semua pemimpin & rakyat Malaysia dapat bersatu/bersama-sama memajukan negara tanpa perpecahan. Sama-sama kita berdoa dan berusaha tanpa mengira had umur.
Banyak artikel telah diterbitkan berkaitan kesan perhimpunan bersih 5, saya hanya menambah beberapa sahaja.

Let me on my way, please.

Jadi, lahirnya artikel saya ini disebabkan slightest provocation from orang sekeliling. Malas mahu layan tapi mereka tidak tahu mengapa saya bertindak sedemikian, mengapa saya sibuk update status menyokong this rally, sharing the infos, so they will get a light and ya I acted according to my ability, my apologise if all my posts interrupt your life.

Peace no war.


-attawawi-

No comments:

Post a Comment