Semuanya
bermula sebelum pru-13, ketika itu saya sungguh tertarik dengan manifesto
pakatan rakyat iaitu pendidikan percuma. Orang sekeliling sibuk tanya, kenapa
kau suka sangat dengan isu politik ni eh ? spm pun tak lepas lagi. Jawapan yang
akan saya beri tidak lain tidak bukan saya tertarik dengan pendidikan percuma.
Itu sahaja. Berdasarkan pendapatan negara yang mampu mencecah RM150 BILLION
setiap tahun, memang tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma kepada
semua kerana jumlah yang diperlukan untuk ke arah itu hanyalah RM3 BILLION
setahun, mereka MP pakatan rakyat sememangnya did a research to implement that
and of course they are not talking blindly and create false expectations to
rakyat.
Walaubagaimanapun,
perkara sebenar mengapa saya menyibukkan diri dengan isu politik tanah air ialah isu negeri saya yg
tercinta, ya negeri Sabah, sehinggakan menerima perlian daripada teman2, cakap
dibelakang, mereka menganggap perjuangan/pemberontakan saya tidak ada
persediaan yang mapan. Sebenarnya, saya sendiri tidak memberi nama terhadap
perkara yg saya buat. Perjuangan tidak, sama sekali pemberontakan juga tidak.
Dalam diam, rupanya semua status atau info2 yang saya kongsi di Fb ada yang
memerhatikan. Perkara yang saya buat mengikut kemampuan. Saya hanya mampu post
d Fb dan kongsi semua yg saya rasa patut memandangkan kawan di Fb kebanyakannya
org kampung sendiri yang banyak tidak ambil peduli berkaitan politik negara,
apa yang sedang terjadi di negeri sabah, mana perginya hasil2 negeri sabah
(sedangkan perjalanan menaiki kenderaan dari tawau ke kota kinabalu all the
scenery paling banyak kita akan jumpa kelapa sawit).
Ok baiklah,
isunya saya menyokong that big rally called Bersih 5. Saya juga seorang
mahasiswa yang sedang belajar dan pastinya saya tidak menyokong membabi buta.
Saya sangat tertarik dengan tuntutan kelima bersih 5 iaitu memperkasa Sabah
& Sarawak. Mulanya saya akan bercerita tentang bab bahasa, betapa bijaknya
mereka yang membuat tuntutan bersih 5 ialah mereka menjaga kemurnian bahasa
melayu. Sangat jarang saya jumpa manifesto mahupun artikel yang tidak
menggabungkan imbuhan (mem,per dan kan). Mereka tulis memperkasa, saya sungguh
gembira dengan perkara ini, disusuli kalimah memperkasa dengan negeri Sabah dan
Sarawak, bermakna mereka mahu membantu negeri saya, yes why not I supports them
?! Itulah impian saya, adanya pembangunan, menitikberatkan pendidikan di Sabah,
memajukan kawasan pedalaman, mengurangkan kemiskinan, dan paling penting kami
mendapat royalti minyak sebanyak 20% kerana negeri kami ialah negeri pengeluar
minyak. Tambahan pula mengikut Perjanjian 20 Perkara yang termeterai semasa pembentukan
Malaysia jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak mutlak
sendiri untuk menguruskan isu minyak ini tanpa perlu merujuk kepada mana-mana
pihak apatah lagi pemerintahan kerajaan pusat. Ini antara sebab mengapa
saya menyokong bersih 5. Sebab utama *negeri*, saya ulang lagi sekali negeri
saya iaitu Sabah Bawah Bayu.
Tuntutan
kelima bagi bersih 5 ini juga akan memberi kesan positif untuk anak-anak di
semenanjung. Kenapa saya katakan begini ? Hal ini kerana, masih ramai anak
semenanjung tidak mengetahui wujudnya negeri sabah, sedangkan kita belajar
geografi negara, sejarah negara sebelum ke universiti. Serius saya katakan,
sayalah orang paling sensitif dengan isu ini. Kalau yang tidak tahu itu, makcik
atau pakcik tinggal di pedalaman, tidak ada tv, tidak ada internet,it’s okay.
Tapi ini mahasiswa, gairu ma3qul, tidak masuk akal geng! Bukti bahawa betapa
peliknya pemikiran sebahagian mahasiswa semenanjung ada yang kata oh, baru tahu
budak2 di sabah ke sekolah naik buaya, kisah kawan saya di salah satu IPTA, mereka
mengikuti program pelajar Sabah, Sarawak dan Thailand. Ada satu orang pelajar tanya, eh dari Malaysia takder ke ? la hawla wala
quwwata illa billah. Satu lagi kisah kawan saya di sebuah universiti terkemuka
di malaysia, kawan dia kata ‘awak naik sampan eh ke sini’ (dari sabah ke
semenanjung). Guys, kalau ada sampan yg jauh lebih murah kami lebih rela naik
sampan berbanding bayar beratus2 hatta mencecah ribuan ringgit tiket kapal
terbang untuk belajar. Saya ingatkan ini hanya berlaku dikalangan mahasiswa di
univeristi tempatan rupanya tidak, saya yang juga belajar di luar negara tidak
terlepas daripada mendapat soalan2 sebegitu.
Kenapa semua ini terjadi ? Tidak
lain tidak bukan ceteknya ilmu pengetahuan mereka, sengaja membuat ejekan, atau
media sosial (televisyen) yg sering menggambarkan sabah keseluruhannya hutan,
oh my god. Jadi, perkara ini ada kaitannya dengan tuntutan kelima bersih 5, at
least, jika mahasiswa yang cetek itu melihat betapa hangatnya sambutan rally
bersih 5 sekaligus mereka akan memerhati tuntutan bersih 5 dan membuat kajian
sendiri. Akhirnya, mereka akan sedikit celik disebalik apa yg dimaksudkan
dengan memperkasa sabah sarawak. Layaknya dua negeri ini kerana sabah sarawak
merupakan negeri terkaya di malaysia tetapi telah dinafikan perkara itu disebabkan
berlaku ketidaksamarataan, kepincangan pentadbiran, korupsi, penyelewengan wang
dan banyak lagi. Apabila selesai mereka memerhati perkara ini, mereka
seharusnya tidak lagi ber*telengong dengan kedudukan geografi Malaysia, senarai
negeri di Malaysia, wujudnya sabah dan Sarawak, dan kami juga orang Malaysia
sama seperti anda. Ya, memang ada tempat pedalaman, sama seperti negeri lain,
yang boleh dibangunkan tetapi tidak dibangunkan, that’s the problem (dan ini
sentiasa rujuk tuntutan kelima iaitu memperkasa sabah sarawak). Perkara ini
juga bukannya membolehkan anda untuk membuayakan kenderaan kami ke sekolah,
gilakah apa ? mati lah nanti student dimakan buaya. Lol.
Saya
tidak menaikkan isu perkauman, sama sekali tidak. I just wondered what is your
thought about Sabah and Sarawak until you issue the statements which is not
acceptable.
Selain
itu, kita lihat apa yang berlaku dalam kerajaan, berapa ramai ahli tertinggi
kerajaan telah dipecat atas sebab2 yang tidak munasabah, bandingkan juga
pembentangan dan cara mp membentang antara mp bn dan mp pembangkang. Anda boleh
nilai siapa yang berhujah dengan ilmu, mempertahan hak rakyat, sentiasa
membangkitkan isu pendidikan (my favourite), isu korupsi, dan siapa yg sanggup
melahirkan rumus2 matematik bagi mencari jumlah hilangnya pendapatan negara,
dan siapa yg merungkai kes2 besar negara seperti 1mdb,dan sebagainya. Ya kita
kena tahu, mereka tidaklah bodoh untuk menyokong bersih 5, daripada panas-panas
berhimpun lebih baik mereka meluangkan masa dengan anak-anak di rumah, tapi
oleh kerana memikirkan soal rakyat dan negara mereka turun membuat protes
secara aman.
Sememangnya
negara kita masih mencapai keamanan, tapi kita mahukan keamanan yang
berterusan, kita kena buang parasit yang akan menjatuhkan negara setelah kita
berada di tahap sekarang ini. Jujurnya, saya juga tidak menyokong penyingkiran
Dato Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri tapi at least beliau
akan sedar dan bersih 5 yang berjaya dilaksanakan dapat menakutkan institusi
kerajaan berdasarkan undang-undang. Sungguh merisaukan kita berkaitan cukai
yang banyak dan ibu bapa kita kena
tanggung , yuran universiti tempatan bertambah, bantuan untuk pendidikan tinggi
dipotong, walaupun saya belajar di negara yang menyediakan pendidikan percuma
dan saya juga menerima biasiswa daripada negeri sabah tapi tidak bermakna saya
kena berdiam diri/bersenang lenang sebab saya fikir masa depan adik saya juga
nanti, kalian (kawan2 di semenanjung) tidak rasa apa yang student Sabah Sarawak
hadapi ketika menyambung pelajaran di universiti di semenanjung.
Soal
Tun Dr. Mahathir was joined bersih 5 saya tidak mahu sentuh, melayu mudah lupa
saya tidak mahu sentuh. Sememangnya mereka berfikir panjang akan hal itu, kita
lihat sekarang, lihat kebelakang bukan untuk mundur ke belakang tapi maju ke hadapan.
Why not,If we can unite ? dan harapan juga jika semua pemimpin & rakyat Malaysia
dapat bersatu/bersama-sama memajukan negara tanpa perpecahan. Sama-sama kita
berdoa dan berusaha tanpa mengira had umur.
Banyak
artikel telah diterbitkan berkaitan kesan perhimpunan bersih 5, saya hanya
menambah beberapa sahaja.
Let me
on my way, please.
Jadi,
lahirnya artikel saya ini disebabkan slightest provocation from orang
sekeliling. Malas mahu layan tapi mereka tidak tahu mengapa saya bertindak
sedemikian, mengapa saya sibuk update status menyokong this rally, sharing the
infos, so they will get a light and ya I acted according to my ability, my
apologise if all my posts interrupt your life.
Peace no
war.
-attawawi-